CowDung Tart: Makan Kerana Sedapnya

CowDung Tart? Apa benda bagi nama kedai macam ni? Itulah persoalan yang bermain di kepala saya sewaktu saya hadiri upacara perasmian kedai CowDung Tart di Suria Sabah, 30 April lalu. Mula-mula saya tanya diri saya, adakah saya mamai--sebab gagal baca nama kedai dia, atau memang betul ejaan nama dia begitu. Saya mau tanya contact saya, Victor, tapi saya tengok dia sangatlah sibuk mengalahkan lebah.

Jadi saya tengok kiri-kanan cari orang yang bawa gajet macam saya; kamera bergaya. Di mana saya patut berada. Sebab, sesaknya ya ampun. Macam hari Ahad di Gaya Street.

Susah juga sebenarnya mahu cari angle yang selesa untuk ambil gambar (peh, macam pro). Tapi, macam yang saya cakap tadi, di mana ada orang yang pegang kamera bergaya, di sana saya berada. Dan, rasanya saya berada di tempat yang selesa. Sebab, saya berdiri benar-benar di belakang VIP.

Dan ketika itu, saya tahu kehebatan kamera bergaya. Ia adalah lesen anda untuk melepasi mana-mana sistem sekuriti manusia dengan mudah.

Tapi, entah macam mana, mungkin saya terlambat, sebab masa saya sampai, upacara tarian singa sedang berlangsung. Bingit telinga mengalahkan kelab malam bertaraf lima bintang. Mahu bercakap dengan Victor pun berteriak. Hmm, kalaulah dia pandai berbahasa isyarat, pasti akan memudahkan komunikasi kami. Sebenarnya, saya tidak dengar apa yang dia cakap (jujur). Seperti kebanyakan orang, saya hanya angguk sahaja.



Oh, acara perasmian ini dihadiri juga oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang dengan tenang duduk bergaya di hadapan seekor (dua orang?) singa yang tengah tunduk (sujud?) di hadapan dia. Sempat juga saya tengok dia ambil gambar singa itu sambil senyum. Mungkin dia juga rasa gembira berada di sini, macam saya.


Saya sempat tengok, singa-singa membuka kain rentang merah yang menutup signboard kedai. Peh, hebat, teringat saya terus filem Wong Fei-hung. Lepas kain rentang dibuka, saya tahu, lepas ni mesti ada serangan pihak musuh yang cemburu dengan kehebatan singa tersebut! Tapi saya silap, rupanya ia sekadar gimik--menandakan kedai sudah dirasmikan.

Saya teruja, sebab selalu, saya tengok orang potong riben, atau tekan apa-apa butang dan lagu akan dimainkan untuk efek dramatik. Tapi, stail upacara perasmian seperti ini adalah yang pertama saya hadiri. Ia sangat cool dan bagi saya, menarik. Ya lah, pakai singa. Apa barang potong riben.



Usai sesi bergambar para VIP, maka dengan rasminya CowDung Tart dibuka kepada pelanggan. Dan ya, jangan makan kerana nama. Makan kerana sedapnya. Saya dihadiahkan satu pek yang berisi tiga tart percuma. Dan, memandangkan ramai orang yang berbaris untuk beli, saya pun pulang kerana tidak sabar mahu mencuba tart ini.

Oh, dorang ada menjual beraneka jenis tart. Ada Classic Original, Matcha Cheese, Oreo Cheese, Chocolate Cheese, Tiramisu Cheese, Blueberry Cheese, Durian Cheese, juga Eggnettes dan Cheese Cake. Oh, minuman juga ada. Mana lengkap makan kalau tiada minuman kan?

So, go and cekidaut Cow Dung Tart di Suria Sabah ya. Terima Kasih CowDung Tart kerana menjemput kami dan ya ampun, sedapnya pula itu tart?!

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!