Artistic Minds: 'Suara' Humanis Eyza Bahra

Ramai yang beralih kepada muzik tatkala perasaan bermain-main dengan diri. Sepertinya muzik itu mempunyai sesuatu daya upaya yang sangat aneh dan unik, sehingga kita tidak mampu lari daripadanya. Muzik tanpa jiwa hanyalah lagu irama yang tidak mempesona--bak kata P.Ramlee, 

...andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa,”

Marilah bersetuju dengan kata seniman agung kerana, keduanya adalah inti yang menguatkan sesebuah lagu. Melodi dengan kombinasi lirik dan lagu yang hina adalah pencabulan ke atas seni itu sendiri. Begitulah...

Eyza Bahra, penggiat seni yang masih lagi memegang ideologi P. Ramlee tadi, menjawab persoalan-persoalan yang singgah bermain di kepala kita selama ini iaitu--adakah lirik boleh berdiri sendiri tanpa melodi? Dan sebaliknya?

Kenalkan diri Eyza, dan bagaimana bisa berkecimpung dalam bidang seni?
Hello. Nama sebenar saya ialah Noranieyzah Mohd Bahra. Saya berasal dari sini Sabah. Lahir di Sandakan tapi membesar di Kota Kinabalu, dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur untuk meluaskan pengalaman. Saya mula membabitkan diri di dalam bidang seni pada sekitar tahun 2009 apabila saya mula membuat muzik bersama dengan sebuah kugiran yang membawa nama Salammusik.

Kenapa pilih SUARA untuk jadi tajuk album?
Saya memilih SUARA sebagai tajuk untuk album pertama saya kerana bagi saya, ‘suara’ itu membawa maksud lontaran bunyi untuk sesebuah perkataan yang mana sekiranya perkataan-perkataan tersebut disusun satu persatu, ia akan menjadi cerita . Maka dengan itu SUARA, the album, adalah bunyi penceritaan pertama untuk Eyza Bahra. And that is why I decided to title it SUARA.


Saya suka cover album SUARA, siapa yang design? Dari mana inspirasi untuk cover album SUARA dan apa penglibatan Eyza dalam proses reka bentuk grafik?
Terima kasih. Reka bentuk visual album SUARA disiapkan oleh Muntasir, juga dikenali sebagai Monty. Bagi saya, apa yang menjadi inspirasi saya pada waktu itu adalah warna. Warna memainkan peranan penting dalam hidup saya kerana saya melihat persekitaran saya dengan warna. And during the time, saya hanya nampak warna orange. And so, I decided to choose orange as the main colour for the album. Penglibatan saya dalam proses reka bentuk itu adalah idea. I told monty exactly what I wanted, macam I want orange as the theme colour and I want to be seen as a nature enthusiast with nusantara vibes in it--and Monty is a very good designer, he’s a talented guy and [he] executed it very well. All thanks to him.

Orang cakap, untuk lari dari bayang-bayang orang lain, amat sukar--macam mana Eyza lari dari bayang-bayang Salammusik?
Saya rasa saya tidak pernah lari dari Salammusik, sebab Salammusik adalah sebahagian daripada diri saya. Dan saya tidak pernah nampak benda tu sebagai satu perkara yang tidak baik kerana bagi saya pengalaman dalam hidup adalah sesuatu yang sangat berharga dalam diri seorang manusia. Dan masa bersama dengan Salammusik dulu, saya banyak belajar dan menimba pengalaman yang membantu saya menjadi diri saya sekarang sebagai seorang manusia.

Kalau saya, selain menulis, saya suka tengok filem dan dengar lagu sebagai inspirasi alternatif. Eyza bagaimana?
Saya suka membaca dan tengok movie.


Apa pandangan Eyza tentang spirituality? Adakah ia memainkan peranan dalam dunia seni anda?
Sebagai seorang individu, spirituality dari perspektif saya adalah jawapan. Ia adalah suatu amalan yang memberi jawapan berkaitan dengan tujuan; tujuan mengapa kita dicipta di atas muka bumi. Kerohanian memainkan peranan yang sangat penting bukan saja di dalam seni tetapi juga dalam hidup saya.

Di Instagram, Eyza relate sebagai seorang humanist. How do you define yourself as a humanist?
Seeing myself as a humanist adalah cara saya untuk memahami aspek kebenaran--bahawa saya sebagai seorang individu atau manusia, I have the freedom to do everything secara rasional dan juga logical, dan tidak terikat dengan mana-mana dogma atau sistem yang sedia ada. So as a humanist, I see myself as someone who likes to do things because I wanted to do it, out of love. Not because I kena buat untuk dapat ‘pahala’ atau dapat reward for it. I do it because I wanna do it--a total sense of freedom, a human being doing everything out of love. There’s a bigger philosophy behind it, we ought to take a stroll in nature to talk about it, haha. But before that, let me clarify this, I realized calling myself a humanist is an action that still puts me in a box and I am no longer a human in any boxes--I have since changed it on Instagram. As for now I see myself as someone who is free and I don’t want people to have the idea of me being a humanist because I am already beyond that phase. Get it? Haha, I talk too much, sorry.

Apa maksud puisi bagi Eyza?
Puisi bagi saya adalah kebebasan. Kebebasan untuk bersuara menggunakan alat tulis.

Macamana ia boleh merebak dalam penulisan lirik Eyza?
Kebanyakan penulisan lirik saya bermula daripada puisi. Sebab tu kadang-kadang agak sukar untuk menafsirkannya kerana ia berbentuk metafora. Sebelum menulis sesebuah lagu, topik lagu tersebut akan saya warnakan sebagai puisi terlebih dahulu. Kemudian melodi akan dibentuk sehingga menjadi lirik yang sesuai untuk sesebuah lagu.

Proses kreatif--mana satu yang susah, tulis puisi atau lirik?
Pemahaman. Pemahaman tentang sesuatu topik adalah lebih susah daripada menulis puisi atau lirik.

Balik ke SUARA--antara muzik dan lirik, bagi Eyza, mana yang menjadi keutamaan? Dan kenapa?
Sejujurnya, saya akan memilih lirik. Kerana dengan lirik ia akan membentuk cerita untuk disampaikan kepada pendengar. Dan sebagai penulis cerita, adalah penting untuk mematikan sesebuah cerita itu agar sampai dan difahami. Tetapi dalam masa yang sama juga, saya menegaskan bahawa muzik dan lirik seharusnya bergerak seiring dan harus sama diberi keutamaan kerana kedua-duanya adalah nadi untuk proses kreatif itu.

Writer’s block--apa yang Eyza buat untuk selesaikan ia?
I usually will just read. I will read until I come across a good writing that will motivate me to write something better than what I just read. So, usually, writer’s block akan puffffff! Gone.

Kalau Eyza ada mesin masa, mau pergi mana? Dan kenapa?
Kalau saya ada mesin masa saya akan pergi ke masa depan pada hari di mana saya sudah dapat jawapan sebenar mengapa kita dilahirkan sebagai manusia, tujuan sebenar kita mengapa kita di sini. Why? Because itu seja yang saya boleh fikir sekarang, haha.

~

Sejujurnya, penggiat seni adalah orang-orang yang majnun. Majnun di sini bukanlah bermaksud diserang penyakit mental, tetapi sepertinya, seorang penggiat seni itu sangat rapat dengan naluri, diri, isi hati dan rohani mereka. Barangkali sebab itulah, Rumi dapat mengarang puisi-puisi yang sangat indah.

Biarpun kadang-kala, kita rasa sakit hati atau menyampah bila mendengar kata-kata mereka, tetapi bak kata Altimet dalam "Maafkan Kami",

...dalam musik kami, inilah naluri".

Begitulah.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!