Buku Jalanan Ranau 11: Cerita Rakyat


Antara melawan perlanggaran program, masa dan kemalasan, akhirnya pada 22 April 2017, saya berpeluang ke Ranau untuk Buku Jalanan Ranau siri ke-11 dengan tema Cerita Rakyat.

Awalnya, sikit terbatal niat. Sebab kawan cancel. Hahaha. Tapi, nasib baik juga ada kawan yang sangat teruja mahu ke sana. Shoutout untuk M I Fitri dan Apis Cuer kerana sudi menemani. Jyeah!

Tapi, kalau difikirkan balik, memang akan ke sana juga biarpun sendirian. Sebab, sudah booking baju. Hahaha.

Baik.

Pada awalnya, saya agak skeptikal tentang program Buku Jalanan. Ya lah, di tempat saya sendiri, Tambunan, tiada penggiat. Malah, di Kota Kinabalu pun timbul-tenggelam-timbul-tenggelam.

Di Ranau sangat berbeza. Dari segi sambutan, cukup membanggakan dan membuatkan saya sangat teruja. Ramai oh!
Ingatkan ramai disebabkan kehadiran Pangrok Sulap, memandangkan dorang juga turut serta untuk acara jualan bagi mengumpul dana ke Spain. Tapi, sebenarnya ramai yang hadir untuk Buku Jalanan.


Menambahkan keterujaan saya bila adik Fatin yang baru Tingkatan 4, berkongsi fasal cerpen yang dia baca. Cardboard Mansion karya Farida Karodia. Biarpun dia petik dari buku teks sastera, namun, apa yang penting ialah, bukan sahaja dia minat membaca, tetapi dia berani bercakap di hadapan. Peh! Boleh pergi jauh kau, sis.

Kemudian, adik Miza lagi, baru Tingkatan 2, berkongsi kisah mitos Cina, Sembilan Anak Naga. Nah, budak sekolah. Memang orang Ranau hebat-hebat belaka.

Tapi, itu semua belum dapat mengalahkan kehebatan Nenek Umah. Dia kongsi kisah masa muda. Tajuknya Kinomulok. Hebat bah. Full Dusun lagi. Mati kau nda faham. Hahaha.


Bila Cikgu Suriati berkongsi dengan kami tentang buku One Thousand and One Nights (Edward William Lane) versi PG-13, saya teruja. Baru sekarang saya tahu ada versi bukan PG-13. Lantas mengingatkan saya kepada Grimm's Fairy Tales dan Disney Fairy Tales. Membuatkan saya berfikir, sejauh mana kesungguhan orang terdahulu menghasilkan cerita sedemikian rupa. Ada yang gory, tidak masuk akal, mengarut tapi masih penuh dengan pengajaran.

Mungkin jawapannya agak lucu. Bagi saya, orang zaman terdahulu tidak seperti kita sekarang. Yalah, maju. Sampai ada yang tidak percaya kepada kewujudan makhluk ghaib. Jadi, barangkali pada zaman terdahulu, disebabkan kepercayaan mereka kepada benda-benda yang melangkaui pemikiran logik sangat rapat kepada budaya mereka, maka ianya diserap masuk ke dalam cerita-cerita yang kita dengar hari ini.


Sebab itu, saya memilih buku Cerita Rakyat Sabah untuk dikongsi pada hari itu. Kerana ianya padat dengan kisah-kisah yang tidak masuk akal bagi generasi sekarang. Kita bandingkan kisah zaman moden, penceritaan yang hampir sama--si Gadis yang mencintai si Lelaki namun hubungan mereka tidak direstui oleh ibu bapa, atau, nelayan yang bergelut dengan kemiskinan. Memang ianya sedih, tapi jika dibandingkan dengan kisah rakyat, mereka menggabungkan mitos ataupun benda-benda yang boleh dikatakan tidak masuk akal. Contohnya, seekor ketam yang disumpah oleh seorang ahli sihir dan dia hanya boleh bebas daripada sumpahan apabila berkahwin dengan puteri raja. Pada masa yang sama, dia tinggal bersama seorang wanita yang miskin hina dan akhirnya menjadi kaya dalam sekelip mata.

Nah, tengok bezanya, mungkin para penulis sekarang harus bermain dengan elemen seperti ini. Kerana, bagi saya, ia adalah satu cara penceritaan yang lebih efektif. Kan?

Ehem.

Selain itu, Pangrok Sulap juga sempat membicarakan buku yang menjadi inspirasi kepada mereka. Buku Seni Melawan Tirani dari Taring Padi. And hell yeah! It’s an awesome book! Ia adalah koleksi gambar-gambar tentang arts perjuangan mereka. No wonder Pangrok Sulap power! Bak kata Adi, kalau mahu dilihat hebatnya murid, tengok dulu gurunya.


Bagi saya Buku Jalanan ini mencapai objektifnya. Tidak perlu eksklusif sangat. Sudah namanya Buku Jalanan, kan? Sebab itu juga saya tabik spring dengan Tuan Wajiran Sinun. Seorang intelektual yang sangat low-profile. Berdiri saja pun cukup. Dia pula berkongsi buku Musashi karya Eiji Yoshikawa. Dan dia juga sempat memberikan nasihat kepada anak muda yang hadir.

Dalam erti kata lain, sukses lah program dorang.


Program juga dimeriahkan oleh bacaan puisi oleh Cikgu Mahadi dan persembahan busking dari grup busker Baru Jumpa Semalam dan Dum Busker.

Syabas kepada Andie M’jie kerana kesungguhan beliau untuk menjayakan Buku Jalanan. Saya akan cuba untuk datang lagi akan datang. Dan saya harap, waktu itu saya tidaklah mengantuk. Hahaha.

Terima kasih Buku Jalanan Ranau kerana sudi menerima kami. Juga kepada Pangrok Sulap, logot-logot kamu sana Spain kio!

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!