ATAPCOKLAT Berbagi Kasih Buat Julung Kalinya

Seminggu sebelum event, saya jumpa KEPALABUMI di kedai dorang, waktu tu belum ada nama lagi, lagipun, beberapa hari sebelumnya, otak saya ligat memikir apa nama yang sesuai untuk kedai dorang.

“ATAPCOKLAT,” dia kata. Saya diam. Melekat memang. Bersifat sederhana dan seperti kata-kata penulis lokal yang saya kagumi, ringkas dan membekas.

Seperti déjà vu (entah boleh panggil déjà vu atau tidak) kami bercerita pasal event dorang yang saya mau cerita ni.

Jadi, lepas bertelingkah selama sehari dalam pembikinan poster dan FIFA, akhirnya kami capai kata sepakat. Maka, berlangsunglah event sulung ATAPCOKLAT (BELIBACABUKUxKEPALABUMI) di Laman Seni, Wisma Kebudayaan Kota Kinabalu pada 23 April 2017.

Seperti nama kedainya, comel dan bersifat sederhana, begitulah juga yang berlaku sepanjang event. Sederhana dari segi jumlah kehadiran, tidak bising, tidak diam, tidak eksklusif, tidak jalanan, tidak kenyang, tidak lapar dan tidak manis, tidak tawar. Yang penting, kualiti, kebersamaan dan kasih sayang saling mencurah-curah dahsyatnya bersama sinar mentari yang teriknya, ya ampun. Tapi, air keringat tetap dikongsi seperti jus jagung yang sedap pada waktu itu.


Untuk seketika itu, kami semua ketawa bila portable speaker memberi arahan gunapakai dalam bahasa Cina. Dan untuk seketika itu kami hilang ditelan alunan syahdu saxophone Wilwen--persis Kassim Selamat tapi agak hispter. Lagi-lagi bila bergabung dengan Chuli yang lengkap berbaju batik dan berkaca mata hitam mendendangkan lagu Efek Rumah Kaca. Hmmm. Agaknya, apa akan jadi kalau Chuli main biola dan Wilwen main saxophone? Mungkin meletup. Ternyata, ini antara persembahan yang memukau saya pada hari itu.


Tapi, mungkin yang menjadi tumpuan ialah r.a.k.u.s (Adam Jamal). Macam mana juga, orang seni yang bercakap pasal kebatinan. Mana kau mau jumpa orang begitu kan? Saya memang tabik spring sama Adam Jamal, sebab berjaya membuka berketul-ketul hati yang datang. Entah kenapa seperti ada ketenangan bila dia bercakap pasal seni sampai timbul keyakinan yang “Saya pun boleh melukis juga ni.”




Mungkin inilah namanya seni yang Maha Halus. Sangat halus sampai kau boleh nampak jalinan-jalinan seni bak jaring yang menyentuh hati kami. Adam berjaya menggoda hati kami agar yakin melalui seninya. Bila kau korek karyanya dalam-dalam, kau tahu, kau yakin, kau dapat rasa sendiri apa yang dia rasa. Tidak perlu dia bagi workshop A-Z tapi cukup dengan workshop kerohanian seni, dia berjaya melunturkan ego hadirin untuk jangan memandang seni dengan hanya selapis sahaja.

Tataplah dengan mata hati, maka bila kau memandang seekor anjing, ia ternyata lebih mulia daripada kau. Barulah di sana, kita tahu, seni itu lebih daripada sekadar sebuah lukisan.

Ehem. Deep pula tau. Baik.


Kemeriahan event diteruskan dengan nyanyian daripada Eji, Rangers Phrofile, (ala-ala Jason Mraz kau, jo!), Chi Ich (sebenarnya, saya sangat meminati Blackbird), Yat Nanar yang geram bila kami tidak singalong sama dia. Come on la, bro. Suara kau sedap, kau lah nyanyi. Hahaha.



Tidak lupa juga bacaan puisi daripada M I Fitri, Apis Cuer dan Fikire yang diiringi oleh Dingin Damai.

Begitulah. Event macam ni, kita mampu meraih kasih. Bagaimana dua insan bertemu jodoh pada hari itu, Apis dan Fikiri menjadi sahabat selepas bertukar pendapat; seni itu kebanyakan dicintai oleh mereka yang tidak mempelajari seni. Pertemuan sebeginilah yang kita mahukan. Konsep kebersamaan yang menyatu. Bukankah seni itu satu cabang rohani, dan melalui seni, ia mampu merapatkan dua hati yang saling tidak mengenali, walaupun secara hakikatnya, sudah mengenali antara satu sama lain.




Ternyata event ini mampu menarik ramai anak muda untuk bermukim di ATAPCOKLAT. Tapi, bila ramai sudah yang balik, saya rasa kamu sangat menyesal, bila uncle Laman Seni menyanyi lagu-lagu country nostalgia yang aduhai, hebatnya. Ah, ini kami singalong. Dia bawa lagu The Beatles. Who says “No,” to The Beatles? Nobody!  Nah, kamu menyesal awal balik? Lagi kamu menyesal bila DinginDamai mendendangkan lagu Resah dari Payung Teduh. Menggamit memori betul. Mau menangis saya masa tu. Serius.


Event diakhiri dengan bacaan puisi daripada belibacabuku dan selepas itu oleh KEPALABUMI. Amat sesuai mereka yang mengakhiri event dengan cara begitu. Tapi, kemuncak dia, bila kami makan bubur berobok yang dibawa khas oleh sis Apni Rahman. Nah, tambah menyesal awal balik?


Syabas dan tahniah kepada ATAPCOKLAT dan rakan kongsi (yang minta namanya untuk dirahsiakan) atas kejayaan event sulung mereka. Ternyata, selepas ini nama kalian akan tersebar seperti virus ke serata tempat. Tambah-tambah lagi bila Bro Langau datang. Peh!

Saya berharap kalian akan terus mengadakan event seperti ini. Biar banyak event. Biar bergaduh mau pilih mana satu mau pigi. Bukankah begitu lagi bagus? Bak kata kawan aktivis di KL, jangan tunggu orang buat, biar kita yang buat sendiri. Saya rasa, event macam ni perlu diperbanyakkan lagi. Santai dan tidak perlu buang masa untuk protokol bagai. Kan?

Terima kasih kepada ATAPCOKLAT atas peluang ini.

Salam berbagi kasih.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!