Surat Penyair Kepada Lazuardi dan Pelangi


Sebermula, lazuardi adalah sebuah hamparan tidak berwarna,
kosong ia.
Dan,
ketika tanganmu mulai menari gemalai dengan berus-berus cinta,
setiap satu kata-kata itu engkau tulis dan membentuk matahari, awan dan lazuardi bertukar biru,
tenang ia.

Seperti lautan biru,
biru sebiru-birunya.

Biru,
aku mahu menyelam dan terus tinggal di dalam.

Biru,
tidak akan kabut walau lasykar asap bertalu-talu membunyikan gong untuk menawan.

Seketika itu,
tenang ia (lenggang kosong tanpa kata-kata) menunggu;
air mata membasuh setiap dosa manusia (sejagat).

Seperti perit,
erti sedih adalah luka yang dibalut lembut,
dan habis membasahi lewat pipi,
tanpa kejam tanpa dendam,
seri.

Dan harapan,
bukan engkau jual di petang hari kepada laksamana yang dambakan cinta puteri.

Kau adalah warna yang hilang dan menjadi pelangi yang utuh hadir di sini.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!