Selamat Tinggal Lara


Dalam keadaan terhuyung-hayang dia menuju ke katil dan merebahkan diri. Hari ini hari malang buat Hernandez, dia baru saja dipecat kerana lewat datang ke kerja akibat mabuk semalam dan ditinggalkan tewan wanita atas alasan; orang yang tiada pekerjaan tidak bagus dijadikan teman hidup.

Hari ini juga hari yang misteri buat Hernandez. Pagi tadi, bila dia buka pintu bilik, dia berada di pejabat. Kemudian, selepas dipecat, dia mendapati dirinya berada di rumah teman wanitanya selepas dia melangkah keluar dari pejabat bosnya. Dan bila dia melangkah keluar daripada rumah teman wanitanya, dia berada pula di biliknya sendiri. Namun, dalam keadaan lemah dan pening, dia tidak mempedulikan misteri itu dan mengambil keputusan untuk tidur.

Bunyi orang seperti sedang menarik-narik kabinet di tingkat atas mengejutkan Hernandez daripada tidur. Setahunya, rumah itu tidak berpenghuni. Ataupun ada penghuni baru pindah yang dia tidak ketahui.

Fikiran dia tergganggu disebabkan kelaparan. Apatah lagi gambaran burger yang bermain di kepala memaksa dirinya untuk bersiap ke restoran kegemarannya.

Dalam keadaan mamai, dia membuka pintu bilik dan terus sampai di restoran kegemarannya.

“Eh, Hernandez, bila kau sampai? Tidak nampak pun kau masuk dari pintu depan,” kata-kata tuan kedai itu mengejutkan dia. Baru dia sedar tentang misteri yang melanda dia hari ini. Dia hanya mampu ketawa dan terus duduk ke meja.

“Macam mana aku boleh sampai sini? Tadi pagi pun macam tu. Atau, aku masih mabuk lagi siang tadi? Dan, mungkin tadi aku mamai? Atau, aku terperangkap dalam vorteks short-term memory loss? Tapi… ah, malaslah mau fikir. Bagus lagi makan,” katanya sendirian.

Sesampainya di rumah, dia berhenti di depan pintu bilik. Kali ini dia pastikan dia betul-betul sedar dan waras. Dia buka pintu, nampak bilik. Dia berfikir di mana logiknya kejadian aneh hari ini. Kerana dia tidak mahu mengaku kalau-kalau dia sedang mengalami short-term memory loss.

“Hmm... apa kata...” bisiknya. Dia masuk ke dalam dan bayangkan keadaan di rumah ibunya. Bila dia buka pintu, voila! Dia sampai di rumah ibunya yang berada jauh dari rumahnya sendiri. Dia teruja. Dan terus berjalan masuk ke dalam. Dan memang benar, dia berada di rumah ibunya. “Ini menarik,” dia kembali ke bilik untuk eksperimen lanjut.

Dia mahu tahu kalau magis yang sama tercapai dengan membuka pintu yang lain. Risau-risau kalau dia mahu ke tempat yang jauh, dia sukar untuk patah balik. Jadi dia eksperimen untuk ke gereja yang terletak tidak jauh daripada rumah.

Sekali lagi, dia berjaya. Dia tiba di gereja dan terus menutup pintu. Dia menarik nafas dan membayangkan tempat yang sejak dulu dia mahu pergi. Kalau dia gagal, dia boleh berjalan kaki untuk pulang.

Dan bila dia buka pintu, voila! Tersergam indah menara Eifel. Tanpa mempedulikan reaksi orang, dia melompat-lompat kegembiraan seperti seorang budak yang baru mendapat mainan.

Lama dia duduk sambil memerhati keindahan menara gah itu. Dia tidak mahu menjawab misteri yang dihadiahkan oleh kosmos. Baginya itu adalah sesuatu yang harus dia raikan. Air matanya berlinangan. Bukan kerana sedih atau gembira. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin ada sesuatu tentang malam yang penuh dengan bintang dan hubungannya dengan menara ini yang bersangkut paut dengan kejadian misteri hari ini. Dan persoalan falsafah itu juga lebih baik tidak perlu dijawab.

“Baik, ke mana lagi selepas ini,”

Follow my blog with Bloglovin

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!