Ketidakwarasan Padaku

Engkau amat meminatinya. Tiap kali dia muncul di kaca TV, engkau akan terpancang seperti pokok tiada bergerak-gerak. Tiap kali beritanya keluar di majalah ataupun akhbar, engkau akan membacanya, mengumpul dan menyimpan dalam fail khas. Dinding bilik engkau penuh dengan posternya. Malah, setiap kali engkau berdoa, namanya yang didahulukan berbanding Tuhan.

Engkau mahu sangat bertemu dengannya. Tapi memandangkan dia tinggal jauh, maka engkau berharap dia akan muncul di dalam mimpi. Dan engkau menghabiskan malam-malam engkau sebelum tidur dengan jampi serapah agar dia akan muncul di dalam mimpi. Dan apabila dia muncul di dalam mimpi, senggama ialah aktiviti pilihan.

Engkau sangat anti bila ada orang lain mengutuk tentang dia. Tiap kali ada wartawan yang berkata sesuatu yang buruk, engkau akan hantar sihir untuk mengganggu hidup mereka.

Engkau namakan bantal peluk sempena nama dia. Hari-hari engkau bawa ‘dia’ makan malam romantik tidak lupa juga Netflix dan ‘lepak.’ Kadang-kadang engkau akan marah dia kerana tidak membalas surat-surat engkau. Tapi akhirnya, engkau baca sendiri surat itu di depan dia.
Satu hari, engkau dapat tahu yang dia akan ke tempat engkau untuk mempromosikan filem terbarunya. Engkau terlalu gembira sampai mahu pengsan. Malah, engkau menangis berjam-jam kerana terlalu gembira. Sepanjang lima tahun engkau menjadi peminat sejati-nya, dan seminggu dari sekarang, engkau akan bertemu dengannya. Seperti berjumpa dengan Tuhan, engkau rasakan.

Engkau tidak sabar. Selama tiga hari, engkau habiskan masa dengan mencari pakaian terbaik untuk dipakai nanti. Segalanya mesti sempurna. Tidak boleh ada cacat cela.

Sehari sebelum dia datang, engkau dapat tahu yang kapal terbang dia terhempas. Dia mati. Engkau tidak percaya. Sesuatu dari dalam diri engkau juga ikut mati bersama. Engkau koyak kan semua poster-poster dia. Semua yang berkaitan tentang dia engkau bakar. Engkau tidak dapat menerima kenyataan. Engkau pejam mata lama-lama, berharap ini semua mimpi ngeri. Seminggu engkau berkurung di dalam bilik. Cara engkau berkabung.

Malam itu engkau sangat rindu akan dia. Engkau habiskan masa dengan menonton video-video lama dia di internet. Air mata engkau mengalir. Engkau masih tidak dapat menerima kenyataan.

Source: WeHeartIt

Jadi, engkau padam lampu, pasang lilin, bakar kemenyan, ambil bantal peluk yang engkau namakan dia dan membaca jampi serapah berjam-jam lamanya. Sampai, tiba-tiba bantal itu membentuk tubuh manusia, berambut kuning emas, berkulit sawo, berwajah jambu, mata biru lautan, berbadan sado, kulitnya sawo, tinggi lampai bak model dan saiz pundi kencing yang lumayan.

Dia telanjang bulat di hadapan engkau. Mukanya terkejut. Matanya terbeliak. Dia hairan. Tapi bila dia tengok engkau, dia senyum. Engkau pun senyum.

Mulut engkau seperti mahu berbicara sesuatu.

Apa yang engkau akan cakap?

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!