Disko di Langit



Alice nak tanam benih di halaman rumah sebelum dia berangkat ke Nicaragua. Dia isytihar, kelak tanaman itu menjadi benih fiksyen kepada sebuah kenangan, padahal dia berkehendak sebaliknya. Dia tahu, walau apa pun jenis tanaman yang subur di situ akan sentiasa mati.

Keluarganya kata “Ok.” Paling teruk Alice pernah buat dalam hidupnya hanyalah menjadi tiang lampu. Yang kedua pula, mungkin, dia sering berlatih menjadi lalang, atau rumput, atau bunga kerana dia percaya selepas mati, kehidupan keduanya ialah tumbuhan hijau. Atau, kedua paling teruk yang pernah berlaku dalam hidupnya ialah, meminta susu kambing sewaktu bangun dari koma selama sepuluh tahun akibat dipanah petir, sebelum mengaku dirinya ialah anak dewa laut.

Aku tak perasan yang aku boleh tertarik dengan psycho. Aku tak minat sangat dengan persetubuhan, walaupun badannya mantap. Jelas, setiap kali dia bercerita, setiap inci dan ruang ceritanya berkeruping menjadi tar dan sudah bersedia untuk aku jalan di atas. Dia boleh bawa aku ke satu tempat rekaannya tanpa cannabis, atau meth, atau mana-mana tahi yang membolehkan aku befikir langit di atas langit.


Hari tu, dia bercerita pasal mimpi, tentang lukisan atas bukit dan langit, di mana ada dua ratus lapan puluh ribu bintang-bintang sedang berkejaran antara satu sama lain, diapit oleh serbuk-serbuk awan, laju, dan di antaranya ada bulan sedang ketawa. Sementara berketawa, bulan sedikit mengembang dan membentuk bola yang besar, kuning terang, giginya semakin jelas kelihatan. Malam itu tampak mellow macam malam semalam, dan selepas itu, seperti biasa, Alice akan menghabiskan ceritanya dengan bencana.

Sebelum dia berangkat ke Nicaragua, aku cuba pesan dengan diri aku agar melatih diri untuk percaya, bersenggama hanyalah untuk orang yang sudah berkahwin, sebab Alice macam nak. Kuriositi aku tiba-tiba menggelegak, kenapa dia memilih Nicaragua, selepas menjadi tiang lampu. Dia coba cakap perlahan-lahan, "Aku penat."

Dia coba cakap perlahan-lahan, tapi aku hanya dengar, dia nak aku.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!