365



Tiga ratus enam puluh lima hari sudah berlalu,
aku tidak mengharapkan sesuatu yang syahdu,
di tahun baru.

Sebenarnya, aku tidak tahu mahu azam apa, atau perlukah buang azam lama untuk bagi ruang azam baru; aku tidak tahu. Tidak mahu. Nanti rugi.

Lagipun untuk apa? Azam hanya dadah untuk buat aku semangat bernafas. Sedang aku masih lagi dengan kerja sama, jalan sama, orang sama macam dua puluh empat jam lalu. Aku tidak berevolusi macam monyet. Aku kasihan.

Aku mahu hidup tendang aku macam dua ratus sebelas hari lalu,
waktu aku sembunyi dalam sunyi dengan bunyi yang aku bagi nama malang,
hidup datang dengan busur dan panah, menembak tepat ke jantung, aku mati.

Dan engkau datang bawa aku ke syurga.

Tiga ratus enam puluh lima hari sudah berlalu.
Atau baru dua belas minit?

Aku sudah tidak dapat mengerti beza antara masa dan waktu.

Dan, jika aku menukar selera teh kosong ke Milo, adakah aku akan bahagia pada dua kosong satu tujuh?

Atau, kerana engkau sudah hilang, maka dua kosong satu tujuh sama juga seperti awal dua tahun satu enam.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!