Mind of Mine

aku mahu melukis,
ceria kepul-kepul awan menjadi claymore dalam perang,
tujuh keajaiban dunia atas bekas kotak rokok,
Aphrodite dalam laci kayu,
kepayahan ibu memasak; satu tangan pegang sudip, satu tangan pegang aku, multitask.

aku mahu menulis,
keindahan gembira tanpa candu,
Gandhi makan telur mata lembu kuning separuh masak,
pantulan cahaya wajah Ozawa dalam setiap episod-episod klimaks,
nafas aku sesak bila; mencari buih-buih oksigen dalam perut laut ketika Monroe menindih badan aku dengan mukanya mendongak,
kakinya terlentang menunggu.

Source
aku mahu menari,
dalam kantung kanggaru,
dalam perut ikan nun bersama Yunus,
atas beca klasik dalam gua,
di tubir senyum Mona,
atas hati aku yang berlari-lari ketika hari pertama aku patah hati.

aku mahu menyanyi,
seperti dentingan bunyi sudu dan garfu Kafka,
putaran kipas Cina tua
seperti kunci kereta Honda jatuh di sinki,
dalam bunyi makian ayah aku dulu.

aku mahu kau,
dengan minyak urut zaitun ini;
kau menyapunya di belakangku
aku melontarnya di bajumu putih lalu segalanya menjernih di dadamu
tiada lukisan, tulisan, atau lagu
yang tinggal hanyalah pantulan imej jantungku berdetak tidak seiring.

dan kau,
dan aku,
basah di utara,
basah di selatan,
basah di atas,
basah di bawah,
dan sebentar lagi tubuh kita akan basah-basah menjadi satu.

aku mahu bermimpi,
oh,
aku sedang.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!