Mimpi Basah; Sains dan Mitos

Dalam artikel yang pertama, saya ada menyebut mengenai teori mimpi basah yang ada bersangkut-paut dengan pengalaman mimpi secara supernatural. Di mana, seseorang itu bermimpi tentang kemunculan seorang/seekor lembaga yang tidak dapat dikenal pasti siapa atau apa dan berasmara bersamanya. 

Secara saintifik, ia dikenali sebagai nocturnal emission. Situasi di mana tubuh badan kita perlu membebaskan sebahagian air mani yang berlebihan. Dan proses ini berlaku pada waktu kita sedang tidur. 

Namun secara mitologi, kita kononnya dilawat oleh seseorang/seekor jin yang digelar sebagai succubus atau incubus. Para lelaki akan dilawat oleh succubus dan para wanita akan dikunjungi oleh incubus

Mitos ini diambil dari zaman pertengahan Latin yang mana succubus bermaksud pelacur atau seseorang yang ‘berbaring di bawah’. Missionary position. Geddit?

Manakala, Incubus pula bermaksud ‘berbaring di atas’. Geddit, geddit?

Sesetengah ahli agama pada zaman dahulu menganggap bahawa hal ini adalah sesuatu yang sia-sia dan bersifat demonic. Dan dengan itu, teori kawan saya pada artikel pertama juga ada logiknya. Mungkin kita semua mempunyai keluarga di alam ghaib. Dan mungkin sebab itu juga kita sering bermimpi tentang kemunculan seseorang yang kita tidak kenali. Malah, mungkin akan menjadi lebih ngeri lagi jika malam ini dia akan muncul dalam mimpi dan panggil kita ‘mama’ atau ‘papa’. Woah, spooky~!

Baik, secara mitologi lagi, succubae (singular untuk succubus) amatlah cantik, menggoda dan sangat mendambakan kita untuk berasmara dengannya. Kerjanya mudah. Masuk ke dalam mimpi kita, menggoda kita untuk berasmara dengannya dan pergi meninggalkan kita dengan memori indah. 

Dan ya, jika seseorang itu kerap bermimpi basah, yang melawatnya adalah succubae yang berbeza-beza. Dan boleh diyakini bahawa mereka terdiri daripada jin yang cantik-cantik dan menarik. 

Adalah difahami bahawa air mani yang keluar ketika ejakulasi sebenarnya memberikan tenaga kepada mereka. Dan menjadi sangat klise kepada hubungan seks yang mana lelaki akan terus kepenatan, manakala wanita masih lagi segar. 

Namun secara saintifik, mimpi basah adalah perkara normal. Bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir individu bahawa jika bermimpi basah, kita secara rohaniah sudah menjadi kotor dan harus disucikan oleh golongan tertentu. Jikalau begitu, sudah tentu, tok-tok bomoh akan menjadi kaya. 

Lantaran itu, kemusykilan sering timbul, kenapa setiap variasi kisah mimpi basah sering dikaitkan dengan kemunculan entiti yang memiliki wajah yang tidak kita ingati? Teori saintifik juga mengatakan bahawa, ketika itu kita sedang mengalami Rapid Eye Movement (REM). Semasa proses itu, adalah menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk mengeluarkan air mani. Dan dalam proses REM, adalah normal untuk kita bermimpi tentang kemunculan orang asing. Dalam erti kata lain, kita sebenarnya sedang berhalusinasi ataupun berimaginasi mengenai kemunculan entiti tersebut.

Source

Dan REM juga sering berlaku dalam tempoh masa yang pendek (di bawah 30 saat). Sama seperti tempoh  average ejakulasi seseorang lelaki yang tidak mengambil mana-mana bahan stimulan ‘tahan lama’ ketika berasmara. 

REM juga sangat mempengaruhi subconscious kita. Dan yang menariknya, ada cara untuk mengawal REM yang juga dikenali sebagai lucid dreaming. Dan ya, ada informan yang mengatakan bahawa kita boleh mengalami pengalaman seksual waktu lucid dream.

Proses REM ini sama seperti kita bermimpi kita sedang kencing, dan secara nyatanya, kita juga sedang kencing. Pernah kan? Jangan tipu.

Sejujurnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang memalukan. Kerana hampir seluruh manusia di bumi mengalami hal yang sama juga. Dan hanya ada segelintir sahaja yang tidak pernah mengalaminya. 

Jadi, walaupun teori saintifik dan mitologi mimpi basah mempunyai perbezaan yang boleh dikatakan pretty distinct, yang menjadi persamaan adalah, ia berlaku kepada kita. Dan janganlah kita memandang enteng masalah ini kerana ia sangat jarang diperdebatkan. Malah, cubalah menjadi seorang yang bersikap terbuka dan bijak menjawab persoalan orang tentang mimpi basah. Dan saya berharap artikel ini mampu menjadi ice breaker antara kita dengan orang lain. Hei, kan smart is the new sexy.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!