Bilik Termenung

Shakir masih berfikir apa sebenarnya maksud “ejakulasi” yang Sabilah dan rakan-rakannya bualkan waktu di kelas. Sebenarnya, perkataan ejakulasi itu tidak seberapa misteri sebelum Sabilah mula mengukur dan bertanding saiz payudara siapa lagi besar dengan rakan semejanya.

Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Datu Mat Salleh serta tokoh-tokoh lain yang terancam akibat perjuangan masing-masing, menjadi ekstra terancam oleh cerita-cerita mereka berdua waktu kelas subjek Sejarah.

Sambil meneruskan proses buang air, muka berkerut, merenung warna dinding tandas, mengimbas kembali isi-isi perbualan singkat Sabilah dan rakan. “Klimaks”, “basah” dan yang paling jelas, “ejakulasi”, walaupun perbualan mereka tersekat-sekat takut dimarahi cikgu di depan, menjadi persoalan yang bertimpa-timpa. Semuanya perkataan baru untuk dia yang baru sahaja naik ke sekolah menengah.

Sebelum masuk ke tandas, Shakir sudahpun mencari maksud ejakulasi. Ejakulasi yang difahaminya adalah peristiwa keluarnya air mani dari zakar yang mungkin mengandungi sperma dan biasanya disertai dengan orgasme. Ejakulasi boleh terjadi pada saat sedang tidur - hal yang biasanya disebut sebagai mimpi basah, kata Wikipedia - masih menghantui Shakir yang masih belum faham sepenuhnya.

Mungkin Shakir sudah faham, sebenarnya. Tetapi sifat ingin tahunya membukit akibat rakan-rakan lainnya bercerita pasal mimpi basah, seakan-akan mereka narsis, sudah jaguh dalam bidang itu, sedangkan Shakir masih terpinga-pinga meminta doa agar lekas dianugerah lencana akil baligh. Jadi sifat ingin tahunya membuak-buak, macam lava.

Dia masih ingat, dia sering kali dikecewakan dalam mimpi yang mana semuanya terbantut oleh hal-hal yang tiba-tiba. Kadangkala watak heroin lesap sekelip mata, bertukar jantina, layar mimpi yang lengang bertukar tempat di khalayak ramai, Sikorsky UH-60 Black Hawk terhempas, hotel ranap dilanggar Godzilla... semuanya fantasi plot twist, mengganggu adegan-adegan erotis.

Source
Walau bagaimanapun, Ustaz Hamzah baru-baru ni juga membincangkan hal tentang akil baligh dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Katanya, ianya akan terjadi dalam sebuah mimpi, macam juga kata Wikipedia. Namun, tidak semuanya bermula dengan mimpi. Ada juga ejakulasi yang terjadi di tandas, “...tapi berdosalah,” sambungnya.

Terlalu spesifik bagi Shakir, maka naratif itu membuahkan rencana luar kotak untuk mempercepatkan akil baligh dan merasa proses ejakulasi dengan lebih realis, lebih daripada mimpi basah kerana ia berada dalam paras sadar, rasanya.

Ditambahkan lagi Gillian, rakan sekelasnya yang tua setahun daripada Shakir akibat lewat daftar sekolah, yang lebih berpengalaman dalam bidang ejakulasi memberitahu Shakir bahawa jika dia memang mahu menggunakan “rencana luar kotak” itu, imaginasi harus kreatif, mesti luar kotak juga. Harus ada ‘sidekick’ katanya.

Gillian menceritakan, dia selalu menggunakan majalah dewasa yang tersorok dalam laci rahsia ayah, serta meluncur ke laman sesawang yang diharamkan, menggunakan telefon bimbit. “Haram tidak haram, semuanya lolos kalau ada internet,” katanya dengan pelat Indon.

Dia terimbas kembali perbualan Sabilah dan rakannya menyukat saiz payudara mereka. Nyatanya di mata Shakir, saiz mereka berdua sama, seperti meminjam payudara Nicki Minaj, ditutup dengan tudung, namun benjolan masih nampak tertonjol, ikut melompat jika mereka berketawa berdekah.

Dan mengingati nasihat Gillian tentang imaginasi, “Kalau imagine, kau harus berani. Semuanya bebas di dalam sana. Semua benda yang menebal, terbuku, tersirat, boleh jadi transparent. Begitu juga jika kau tengok baju wanita,”

Pada masa itu, imbasan kembali membuatkan sabun buku di lantai tandas seperti dalam keadaan yang sangat luar biasa, seperti memanggil-manggil untuk turut serta dalam imaginasi yang berkepul-kepul datang.

“Oi, melancap kah?!” teriak abang dari luar yang dari tadi menahan berak.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!