Bernarasi di Sofa

kita tengok spelling bee di kaca tv
Coitus;  senggama, persetubuhan atau jimak
kau tak setuju budak-budak kena suruh eja benda tu
macam kau tak setuju dengan perkahwinan sama gender
kau benci Obama, kau kata dia tiada agama
atheist, barangkali firaun pakai topeng

"I tak setuju, You setuju?" kau kata
dari awal mula kita bercinta
kau sudah reka kata ganti nama untuk "kau" dan "aku"
aku sengaja suruh kau pilih
supaya kau tahu keputusan aku tidak sepenting kau
atau intonasi melodrama teater-teater melayu

kau pilih "I" dan "You"
aku rasa itu adalah perasaan yang sangat celaka pada waktu itu
tapi aku jenis pasif
aku jamah apa benda yang kau sorong
agar malam-malam yang lain
selalu seperti malam-malam pertama kita

kau pilih tarikh kahwin kita
dan kau atur jadual untuk bertemu
kau takut malam semalam
atau hari-hari lain
atau hati aku
ada tarikh luput macam Maggi

"Maggi tu sedap, tapi You tak perasankan ada tarikh luput?"
kau mengingatkan aku balik macam perkataan celaka tu

aku pernah tulis sajak-sajak bilingual
senak di telinga tapi aku suka
macam aku suka kau waktu mengerang
"No, no," tapi kau mahu
itu buat kau teruja
hingga malam Jumaat ini sangat panjang

ada hutang kau beribu dengan aku, sebenarnya
kau kata setiap malam tu bahagi-bahagi
kau kata kau tak reti ilmu hisab
macam kau tak reti untuk peduli; bayar dengan nafsu
kita saling tukar-tukar posisi
tukar kedudukan
dan tukar pendapat
kadang benda yang aku nak
kau tolak basi-basi
tapi kalau aku yang tolak
kau tolak balik terjun masuk tilam

macam malam ni,
aku mau bidas benda yang kau cakap
"I tak setuju, You setuju,"
tapi aku tahu
aku tidak akan menang dalam perlawanan yang;

juri
penonton
ibu bapa
kanak-kanak
Tuhannya

adalah kau.

persetan-lah.

yang penting malam ni;
aku tak perlu bermimpi
kau buka baju dan buka seluar
dan buka telefon dan letak kapsyen;

"Nikmat,"



No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!