Artistic Minds: Amy Amin



Jarang-jarang terlintas di fikiran kita, tapi hakikatnya seni itu memang magis dan ia punya banyak cara untuk menghubungkan orang yang walaupun tak dikenal, jelas memiliki minat dan gairah yang serasi. It’s always in the details; the things someone listens to, read of, or draw. It’s always in the details and it could be anything!

Lantaran minat Amy dengan kucing, serta pengamatan dan penglibatannya dalam pelbagai aktiviti seni komuniti secara tidak langsung menjadikan kreativiti Amy bukan sekadar ekpresi seni, tetapi juga suatu ikhtiar untuk menghubung dan menggerakkan komuniti setempat.

Walaupun saya dan Amy tidak pernah bersua-muka, I had the privilege to chat with Amy via email and these are the things I learned about the Borneon kittycat and what drives her creativity.

~

Projek grafiti Jambatan Satok, Kuching Amy dan rakan

Hai Amy! Terima kasih sudi meluangkan waktu untuk wawancara ini. Boleh ceritakan sedikit kepada pembaca ORKED MAG, siapa Amy Amin?
Hi, saya Amy Amin. Saya seorang budak kampung berasal dari kampung nelayan di Pulau Bruit, Sarawak, tetapi kini menetap di Kuching. Saya seorang pelukis mural dan subjek utama saya ialah kucing. Saya juga suka menulis lagu, bermain ukulele, berkebun, dan membaca novel grafik.

Sejak bila Amy mengenal dunia ilustrasi dan mula serius berkarya?
Saya mula melukis sejak kecil kerana terikut-ikut hobi ayah yang suka melukis. Namun, saya mula serius dalam berkarya pada tahun 2014 untuk Rantai Art Festival di Kuala Lumpur. Saya memilih kucing sebagai subjek utama kerana saya mempunyai 3 ekor kucing, jadi mudah bagi saya untuk memerhati tingkah laku dan fizikal badan kucing-kucing saya dalam menghasilkan karya.

Lakaran kucing untuk projek silkscreen Amy

Apa pendapat Amy tentang respon orang ramai terhadap karya Amy?
Bagi saya, setiap orang punya cara mereka sendiri dalam menilai sesuatu seni/karya. Ada yang suka (dan kurang suka), bahkan ada juga yang keliru melihat lukisan saya. Setiap orang punya interpretasi yang berbeza dan itulah yang indah di pandangan saya. Cuma sebagai pelukis mural, perlu terima kritikan dengan hati terbuka.

Apakah cabang seni atau perkara berkaitan tentang seni yang sangat Amy hargai?
What about art that I value the most? Hm. Secara peribadi, saya menganggap seni sebagai salah satu pintu untuk saya escape, untuk berada dalam dunia saya sendiri. Tetapi saya juga beranggapan bahawa seni bukan sekadar untuk ekspresi diri, tetapi juga sebagai salah satu tools untuk menyatukan komuniti dan cara untuk menyebarkan ilmu pengetahuan.

Lukisan asal menggunakan Chinese ink atas cold pressed paper, traced on Adobe Illustrator for Amy's business card


Apa yang mendorong Amy untuk terus berkarya?
Kerana cinta saya kepada yang Maha Satu. Bakat yang diberi kepada kita semuanya anugerah dan terpulang kepada kita untuk memanfaatkannya. Saya mahu menggunakan apa yang saya ada untuk jalan yang baik, untuk menggembirakan mereka yang melihat lukisan saya, dan untuk menggembirakan mereka yang saya sayangi.

Bagaimana senario industri kreatif di Sarawak?
Menyentuh tentang senario industri kreatif di Sarawak, (khasnya Kuching, kerana saya Kuching-based) sekarang sedang mula aktif; ada lorong atau port untuk bikin graffiti, setiap dua minggu ada acara puisi, baik dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris, pameran-pameran lukisan, dan ada rakan saya yang sering menjemput rakan-rakan penggiat seni dari Indonesia agar kami boleh bertukar idea. Semoga berterusan dan semoga mereka terus passionate dalam melakukan apa yang mereka cintai.

"Ketapu Tunjang Cat" by Amy Amin


Siapakah ilustrator favorit Amy?
Yusof Gajah. Yusof Gajah ialah seorang pelukis buku kanak-kanak dan beliau melukis gajah sebagai subjek utama beliau. Kadang-kadang, saya diserang creative block atau 'penyakit putus asa' dan saya akan teringat pesanan-pesanan Yusof Gajah; tentang pentingnya menjaga disiplin, tentang bagaimana mengatasi creative block, tentang bagaimana untuk sustain diri sebagai seorang artist. Kalau Yusof Gajah boleh sampai ke Korea melukis gajah, maka Amy Amin pun boleh pergi jauh dengan melukis kucing! 

Apakah impian jangka masa panjang yang ingin Amy capai?
Impian jangka panjang saya; secara peribadi, saya mahu menerbit buku kanak-kanak, saya mahu (dan akan!) mengembara dari bandar ke bandar di Sarawak untuk melukis mural, dan terus berkarya sampai saya tua.

Saranan Amy untuk ilustrator muda di luar sana?
Explore. Meneroka selagi boleh, belajar benda baru, dan sebarkan semula apa yang kita pelajari. Baik dalam karya, dalam tutur kata atau dalam perilaku kita.

~


Bila seni adalah ekpresi yang terlahir dari perasaan, maka terungkaplah pengalaman hidup manusia. Pendekatan Ami yang membumi dan quirky langsung memunculkan karya-karya yang membuat orang tersenyum, tersengih dan kadang juga bingung, termangu mengamati absurditi à la Amy Amin. Lihat saja lukisan-lukisan kucing Amy yang unorthodox.

Oh, ya. Cabaran ORKED MAG untuk melukis bersama selama sepuluh hari bersama secara virtual, kami sahut. So, here we go! One doodle a day, for ten consecutive days!

Follow Amy Amin di Instagram | Twitter

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!