Almost There

Sudah hampir setengah jam penerbangan tertangguh. Angin kuat dan hujan lebat di atas sana, kata seorang penjaga kaunter perlepasan sedikit pun tidak menjernihkan keadaan. Aku cuma fikir, kalau kali ini kapal terbang terhempas, mungkin sejarah lama akan berulang.

Dua tahun dahulu, Melissa juga mati akibat kapal terbang terhempas di Laut China Selatan gara-gara kegagalan fungsi enjin utama. Selak punya selak, khabar berita berputar belit. Ada yang kata hijack oleh penjenayah Al-Qaeda, ada yang kata konflik balas dendam pasal dua negara, belum masuk tafsiran dari bomoh negara,  "...kerja Dajjal," katanya. Terlalu banyak konspirasi. Pihak akhbar berlumba-lumba mengeluarkan artikel yang bukan-bukan.

Jadual di kaca skrin komputer menyatakan nombor kapal Amber sudah mendarat. Aku lega. Mungkin aku terlebih obses tentang kapal terbang yang terhempas. Semua keluarga atau saudara atau rakan atau Golden Retriever tenang duduk menunggu di kerusi.

Di pintu ketibaan, Amber sedang melambai aku dengan penyuara kuping di telinga. Itu pasti lagu Matisyahu, Yahudi macam ayahnya.

"Nope. It’s Bob Dylan," kata Amber memeluk, mencium kedua-dua pipi. Hampir dia mengucup bibir aku namun menarik balik pegerakkannya. Dia ketawa dan meminta maaf, dia terlalu biasa dengan kehidupannya di Barat, dan mengakui dia sangat merindui cinta hatinya.

Aku juga rindu, sudah hampir tiga bulan tidak jumpa. Sekali-sekala hanya melihat wajahnya di Skype, dengan rambut perang gangsa, hidung mancung, bibirnya merah jambu air yang sudah lama tidak menyentuh bibir aku. Dia hanya ketawa ketika aku puji dia. Selepas itu, kami bersama-sama menaiki BMW 6 Series hadiah sempena hari jadiku yang ke-25 dari ayah.

Dalam perjalanan, kami rancak berbual. Radio memutar lagu klasik rawak menjadi latar belakang supaya tidak terlalu statik suasana kereta. Kadangkala dia singalong lagu-lagu seperti Elvis Presley dan Paul McCartney. Aku perhatikan dia macam pertama kali aku jatuh cinta dengan dia dulu, walaupun perwatakannya sedikit gedik dan hambar, dia menawan. Lagipun aku tidak kisah pada waktu itu, kerana belahan payudaranya dalam, masih membenih listrik di mata dan membuah senyum, tidak ubah seperti sekarang.

"So, where’s my gift? It’s my birthday tonight," meter kelajuan mencecah 120km/sejam.

"What? I thought it was yesterday?"
"Oh, hang on... okay."

Muka Amber resah, mungkin lupa perbezaan masa di Malaysia dengan Jerman. Dia meminta maaf dengan pelat "r" sambil membuat muka comel. "But I've got this..." Amber menyeluk sesuatu di beg galasnya. Baju tidur Voluptuous Nurse merah beralur putih macam bendera Denmark, dengan kilat manik-manik, justeru membuat cermin kaca depan kereta memantulkan gambaran Amber memenuh dan memakai baju itu sambil mengulum gula-gula, dalam kepala.

Amber mengenyit mata, dan aku memecut laju.

Sampai di hotel, Amber membersihkan diri, dan seterusnya aku. Mungkin debaran semakin kuat, sehingga Amber menegur buih shampu masih ada di kuping telinga. Apa yang aku gambarkan di kereta benar menepati sasaran. Amber berbaring dengan beralaskan Voluptuous Nurse di badan. "This is your cake," katanya sambil menggaris krim kek cokelat itu di paha. Di sebelahnya ada objek berwarna hitam kelihatan seperti terung. "Oh.. birthday cake huh?" aku mendekati Amber. Darah meruap-ruap panas naik ke telinga.

Tiba-tiba pintu diketuk bertalu-talu. Agak kuat bunyinya, seperti gorila 500 paun melanyak kayu. Aku cuma harap itu bukan pegawai FBI, atau MIB, atau Ejen Smith dengan kembar-kembarnya, atau dari Jabatan Agama Islam, atau mana-mana musuh yang masih menjahit dendam, atau gorila 500 paun.

"Mak?" Mak berdiri mencekak pinggang, rambut serabai, berbaju t-shirt ACDC, sarung bunga keladi terlondeh, dia mengetatkannya. "Kau tidak hantar surat hari ni?" tanya mak. Aku menggelengkan kepala, hari ini aku cuti, renew Lesen B. Mak minta maaf dan menutup pintu dengan kuat, bilik bergegar, potret Nike Ardila hampir jatuh.


Source

Aku sambung tidur, dengan harapan semua tidak lesap macam kapal terbang Melissa, harap Amber masih bersemangat dengan Voluptuous Nurse dan pahanya masih ada garisan kek cokelat, harap dia masih berbaring di tilam spring hotel itu.

2 comments

  1. Awesome. Teruskan menulis. Kacau daun bah si mamak. Aduyyy...

    ReplyDelete

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!