Telunjuk

"Telunjuk" by Chum


Odlesy seorang kerani baru dan tidak cekap mengendalikan kerja. Oleh kerana kasihan dan bersemangat setia kawan, rakan-rakan lainnya mengajar Odlesy bagaimana bekerja dengan baik dan mengikut standard piawaian. Mereka kadang-kadang takut akan kedudukan Odlesy yang nantinya akan dibuang kerja, apalagi dengan mukanya yang tampak kasihan, lesu seperti tisu basah.

Tiga bulan seterusnya, Odlesy dinaikkan pangkat, kerana Odlesy adalah adik kepada CEO syarikat.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!