Si Bawang

"Si Bawang" by Chum

Sudah berapa kali Dato’ Sri diganggu pekikan suara orang ramai dalam tidur. Setiap malam, maka malam Jumaat itulah paling kuat teriakannya. Terngiang-ngiang di telinga membawa emosi ke kabinet. Oleh kerana emosi terganggu, kabinet diatur tidak mengikut piawaian, berselerakan, maka dibakarnya untuk menyenangkan cerita.

Nazrul, kawan Dato’ Sri seorang penyair yang berdarah pahlawan dan mempunyai sedikit ilmu ghaib menawarkan ubat kepada sakit yang menggilakan itu.

Setelah pulih seperti biasa, Dato’ Sri pula tak nak kalah dengan ilmu Nazrul, padahal mereka mendarah daging yang sama, katanya.

Dia kata dia juga ada kelebihan yang dia rahsiakan selama ini, lalu memakan sebiji bawang besar dengan yakin seperti memakan sebiji epal merah.

Nazrul dan orang bawahan yang lain mengatakan "Wow!" dan terus saja tepuk tangan.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!