Sebenarnya, Pasca Breakup Tu Tidaklah Seseram Mana

Source: Tumblr
Sebelum saya sampai di sini (menulis artikel ini), sudah puas saya menggali laman sesawang pasal tema bulan ini. Mencari definisi  yang paling tepat juga susah sebenarnya. Biarkan pergi. Apa yang kau mahu biarkan pergi? Klisenya, cinta. Dan itulah yang banyak saya jumpa waktu saya melayari lautan informasi di laman sesawang.

Ada beribu tips pasal cara menangani pasca breakup. Ala, sebenarnya benda ni kita memang sudah sedia maklum pun. Tapi, mungkin penulis tiada ide (macam saya juga sebenarnya) untuk ditulis. Dan, rata-rata trafik pembaca yang menaip letting go di kotak cari akan jumpa beribu-ribu artikel macam tu. Mungkin sebab kita lagi percaya kata-kata para penulis di luar sana berbanding diri kita sendiri. Kalau macam tu, rugilah kita masuk sekolah. 

Masalah kita manusia, kita sudah terlalu manja untuk selesaikan masalah kita sendiri. Sampai kita perlukan bantuan daripada luar. Tidak jadi masalah juga pun, tapi kenapa tidak percaya kepada diri sendiri? Sedangkan kita tahu potensi diri kita sendiri macam mana. Kita tahu bila kita lapar, bila mahu ke tandas dan sebagainya. Semua itu, tidak perlu manual daripada mana-mana.

Sebab, bila saya baca kebanyakkan artikel (pasca breakup), tips saling berbeza-beza. Ah, mungkin pengalaman peribadi penulis itu juga berbeza-beza. Sebab itu cara menangani juga pelbagai. Jadi kalau begitu, mana satu yang harus diikuti? Tidak menyusahkankah untuk kita yang sudah jatuh ditimpa tangga, sudah tu terpaksa membuka satu-satu artikel yang tepat dengan simptom kita? Hujung-hujung jadi bosan dan menangis mengenang si dia.

Agak lucu juga sebenarnya, sebab ada antara penulis tu yang dilabel sebagai pakar perhubungan. Kenapa lucu? Sebab saya pernah bertemu dengan pakar kaunseling yang menghadapi krisis rumah tangganya sendiri. Sangat ironi.

Berhenti sekejap dan tarik nafas. Jangan dikecam pula saya sebab berfikiran macam ni. Tapi lepas saya puas menggali ide di dalam kepala, hujung-hujung saya dapat satu jawapan. Rupanya saya pun pernah putus cinta juga. Tapi, masa tu saya tidak pula membongkar majalah hiburan (sebab belum ada internet) dan sebagainya. Lagipun banyak majalah hiburan hanya fokus kepada wanita. Ya lah, kan kami lelaki, putus cinta tu tidak menyakitkan. Kami hanya diam dan ketawa bila di depan kawan-kawan, berparti, bersukan, dengar lagu dan apa-apa aktiviti yang boleh membantu. Ya, rasanya lelaki tidak perlu baca semua tips tu. Dan tips semua tu pun hanya untuk wanita.

Walaupun ada para penulis di laman sesawang tu lelaki (yang saya syak awalnya gay, tapi ada anak bini), tapi adakah juga lelaki yang sanggup menggali tips itu semua di laman sesawang? Maksud saya, lepas dia kena dump, dia menangis di katil, buka telefon pintar dan taip how to let go of someone. Kalau ada, wah. I’m actually impressed. Tiada gunalah artikel ini.

Tapi, saya kononnya membawa suara lelaki di luar sana. Kami juga mempunyai perasaan. Rasanya lagi emosi daripada perempuan. Sebab saya pernah nampak kawan saya yang jadi emo sebulan lepas kena dump oleh gilfriend dia. Dan ex dia macam tiada perasaan. Kawan saya tu, murung sana, emo sana, nangis sana, aduh. Sampai saya benci ex dia. Hujung-hujung, saya dapat tahu yang rupanya kawan saya tu curang. Yang menyakitkan, bila kawan saya diterima kembali, tapi atas dasar simpati, kemudian blame ex dia. Auch, sakitnya tu di sini. Itu tidak terjadi kepada saya. Saya hanya dibuat seperti tetamu. Dan waktu tu, saya yakin yang ego perempuan ni lagi tinggi daripada lelaki. Kahkahkah.

Kejap, bukan saya anti perempuan. Tidak sesekali begitu.

Sebenarnya, yang saya mahu katakan di sini ni, pendek saja. Semua tips-tips yang kamu baca, sudah ada di dalam kepala. Cuma bila kita dalam state of denial semua tu tidak masuk akal. Belum pernah lagi  saya jumpa orang yang berjaya menangani masalah percintaan lepas baca tips dari laman sesawang. Kenapa? 

Baik. Semasa kita dalam pasca breakup. Apa yang sakit? Hati kan? Waktu tu semua nasihat yang kau dengar, cuma masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kan? Kenapa jadi macam tu? Sebab akal kau sudah tidak berfungsi. Sebab tu ada falsafah ‘makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah’. Dan ya, falsafah tu boleh kita guna dalam konteks orang yang baru putus cinta. 

Jadi, bila akal kau tidak berfungsi, sebab tu hati kau murung, marah, kecewa, kejap-kejap menangis. Waktu tu, kalau kau baca semua benda alah yang ada di laman sesawang pun, atau dengar dari orang yang rapat dengan kau pun, semua jadi habuk. Tiada guna. 

Ah, tidak faham? Begini, akal itu tujuannya untuk memproses maklumat. Dan semua tips-tips tu adalah berbentuk informasi. Manakala, hati itu tujuannya menyimpan dan meluahkan perasaan. Bila akal yang mengambil alih tubuh, hati tidak berfungsi dan ketika itu logik memainkan peranan. Tapi, bila hati pula yang mengambil alih, logik sudah mati. Cinta itu logik? 

Berbalik kepada kenapa tiada guna semua tips tu. Ya lah, kau sudah sakit hati, kecewa, lepas tu disuap lagi dengan tips entah apa entah. Sudah tentu kau tidak mahu dengar. Sebab, ubatnya bukan menggunakan maklumat. Tapi menggunakan rasa. Hati ke hati. Bukan akal ke hati. Bila proses hati ke hati dilaksanakan, maka senang untuk kita selami dan hadapi penderitaan itu semua. Dan sudah tentu kau tidak akan bercakap panjang lebar tentang tips segala. Yang kau cuma perlu buat ialah, senangkan hati dia. Kan mudah? 

Bawa dia jalan. Bawa dia naik bukit. Suruh dia teriak nama si jahanam tu kuat-kuat. 

Poin dia, nasihat sangat tidak berguna ketika pasca breakup... actions really do speak louder than words.

Dan sebenarnya, secara tidak sedar jawapannya cuma satu. Jangan bosan dan jangan sendiri. Dan lagi, memang tiada orang yang boleh ubati kekecewaan itu melainkan kau sendiri. Sama seperti kau yang menerima dia masuk ke dalam hati. Dan hanya kau jugalah yang boleh menendang dia keluar. Dan mungkin bagi peluang kepada orang lain yang masih kau kurung dalam friendzone.   

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!