Kalis Wap

The best part of my life, sungguh. Akulah yang terbaik menjadi seorang “aku.” Seorang kalis janji-janji indah dan manis yang boleh mengalahkan puitis soneta. Untuk menjadi seorang kalis wap, kau harus ada hati yang besar, macam aku (kah kah kah). Atau tidak, kau hanya perlu ramai kawan atau kenalan yang berkerjaya besar dalam menghasilkan janji-janji yang;

kalau emak suruh masak air, kemudian air mendidih lalu terhasillah benda putih keluar dari buih-buih air mendidih yang dikenali sebagai “wap” dan “wap” itu lah janji-janji kau yang macam hantu. Hilang tanpa kesan namun meninggalkan secebis penyakit yang bernama; sakit hati.

"Kalis Wap" by Chum
Kalau-kalau kau sudah pernah berlumut menunggu janji yang ditepati dan badan di tahap menggigil menahan sebak derita dalam benak melihat muka si penjanji senyum-senyum innocent dengan kawan sebelah seperti tiada apa yang berlaku, itu adalah ciri yang kencang untuk kau debatkan hak menjadi kalis wap.

Kalau kau masih dalam kumpulan-kumpulan dialog; 
“Ceh, dia tu penipu,” 
“Kau percaya dia beli nanti?”
“Oi sial, mana...”
“Kau kalau berjanji...” 
“Kau adalah benda yang aku tidak boleh percaya,” 
“Kau adalah khinzir...”

...maka kau belum cukup sifat untuk menjadi ahli.

Paling senang, kau imun tanpa feedback yang keras. Tanpa menyampaikan seulas telapak tangan di muka si penjanji sebab benda ni terjadi macam cinta. Tidak mengenal masa, tidak mengenal usia, tidak mengenal budaya, tidak mengenal pangkat, tidak berbau dan secara totalnya, jika dia seorang orang, dia tidak akan terlepas daripada benda yang dipanggil “wap.” 

Tapi kalau “wap” yang terjadi pada kau berasal dari benda tidak bernyawa atau apa-apa yang tiada kaitan dengan akal, percayalah. Kau seorang loser. Go to hell.

Berikut adalah contoh proses dan situasi penge-wap-an berlaku :

Situasi 1

Mak Jah datang dengan beg tangan Louis Vuitton celup ke gerai burger Tom.

Tom: “Mak Jah, hutang Mak Jah yang kelmarin dulu belum bayar.”
(Tom tidak hipokrit atau mau jaga hati siapa-siapa demi bisnes.)

Mak Jah: “Ha’ah lah, aku lupa. Esok aku bayar. Engkau tambah satu burger lagi bagi cukup sepuluh ringgit.”

Dua kali New Year, Mak Jah masih belum bayar hutangnya.
Tom kena wap.

Situasi 2

Leonardo Samad: “Jom camping next weekend?”
Rakan-rakan: “!@#$!!” (Setuju sambil membuat planning awal.)

Hujung minggu, Leonardo Samad tidak berhubung dengan rakan-rakannya sebab ingin menggunakan “Eh, aku lupa lah!” sebagai alasan. Dan Leonardo Samad dengan girlfriendnya akhirnya duduk di panggung wayang yang sama dengan rakannya pada hari yang sepatutnya hari mereka pergi berkelah, bersebelahan.

Rakan-rakan Leonardo Samad kena wap.

Situasi 3

Di sekitar ibu kota yang mampat, Zainuddin terjumpa kawannya.

Emery: “Eh, kau Zainuddin. Aku ada project cuci cermin bangunan. Aku dengar kau cari kerja sekarang. So apa-apa, nanti aku call.”

Ini adalah kali ke tujuh Zainuddin berjumpa dengan Emery. Setiap kali mereka berjumpa, Emery bercakap benda yang sama, namun tawaran pekerjaan yang berbeza. Dan Zainuddin, tidak pernah dihubungi. Zainuddin kena wap.

Situasi 4

Kawan 1: “Ok, Jumaat ni kita jumpa dan aku mau beli design kau.”

Hari Jumaat -- tiada bunyi.

Kau text dia hari Sabtu: “Macam mana deal? *Mengharap*
Kawan 1: “Sorry, aku sibuk. Nanti kita jumpa weekend,”

Hujung minggu -- tiada bunyi, kau bersabar.

Dua hari seterusnya kau follow up Kawan 1... WhatsApp, bluetick.

The end.
Kau kena wap.

Situasi 5

Kau sudah berjanji dengan kawan (yang betul punya janji), dan pada hari perjanjian, kau WhatsApp... deliverered (belum bluetick).
Kau log in Facebook; dia post something.
Kau call: dia tidak angkat.

Setengah jam seterusnya kau buka Facebook, dia post something; something he/she thought was funny. Kau sedar kau kena wap. Kau buka baju dan seluar lawa kau dan masak air untuk buat kopi.

~

See, this situation is a process dan situasi penge-wap-an berlaku. Dijanjikan hal-hal yang nampak remeh namun tidak bagi seorang yang sedang sangat-sangat berharap. Apa lagi kalau kau jenis yang sangat-sangat memerlukan seperti dalam situasi-situasi di atas. Hati luluh dan rapuh seperti dalam lagu Menghitung Hari 2,  “...menunggu itu kan menjemukan,” 

Dan saban hari berlalu, kau akan berhari-hari hadap benda ni. Perlahan-lahan kau akan kalis wap seperti aku. Pada awalnya kau akan rasa benci semekar-mekarnya bila berjumpa dengan situasi ini. Namun bila kau sudah lut, bila kau sudah muak dengan situasi ini, percayalah. Ignoring these people and their sweet nothings is the best way to deal with this shit. Kau akan rasa lebih tenang dan cool dengan rasa; tidak peduli. Kalau ada, ada. Kalau tiada, not a big deal untuk kau dan kau sudah tahu ukuran harapan yang akan kau letak pada nilai janji-janji wap.  

Dan paling indah, saat mereka membuka kata, kau akan belajar untuk akun dengan senyummu yang luar biasa dan kau harap dia akan faham maksud senyum kau tu bermaksud “Fuck you.”

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!