Hierarki: Di Mana Syurga?

"Hierarki" by Chum


Di rumah, ibu selalu memesan kepada kami bahawa walaupun syurga di bawah telapak kakinya, ada lagi tempat teratas iaitu ayah. Di bawah telapak kaki ayah ialah syurga kepada ibu.

Such a typical life, saya rasa. Baru tu, ayah punya syurga letak di bawah kaki nenek pula, lepas tu nenek ke moyang, lepas tu moyang ke moyang moyang la pula. Sampai bilalah nak kira.

"Tidak wahai anakku, syurga bapa banyak cabangnya seperti ranting-ranting pokok, kadang-kadang ianya hanya ada pada Lebai sana tu. Kalau Pak Lebai buang aku, makan rumput lah kamu," kata ayah terpinga-pinga sambil buka stoking di tubir tangga. Mukanya mengerut semacam, mungkin kambing hilang satu.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!