Aku Sang Penari yang Berani

Contemporary, Broadway, Ulik Mayang dan segala tarian gempa gemala cantik terhias rapi bergetarian di mata aku yang sedang duduk tersimpuh. Dan kaki aku keras seperti berteriak; “Engkau! Jahanam. Gerakkan aku ikut hentakkan bunyi itu!”

Kau tahu had kau di mana dalam benda seni ni. Keras, macam kayu. Kalau boleh, mungkin begitulah tubuh bercakap apabila hanya melihat tarian-tarian asyik. So, aku ni jenis memang buta kayu dalam seni. Specificnya menari. Namun entah kenapa aku terasa hebat kalau-kalau dipandang menari. Terutamanya menari yang mengasyikkan pelihatnya. Kelihatan menggiurkan, terasa sedikit teruja dengan lengokkan badan si penari. Aura seksualis dan maskulinnya yang liberal lebih kepada satu gabungan yang boleh memecahkan tradisi taboo. Cair engkau yang melihat.

Namun apa pun interpretasi aku terhadap tarian-tarian tidaklah terkesan kepada badan aku yang masih kaku takut untuk ikut menari. Perasaan skeptik kepada diri sendiri lebih menggunung. Mungkin aku hanya lebih suka melihat daripada buat. Lebih menyukai roh teori berbanding praktikal. Atau mungkin, aku lebih kuat melawan nafsu untuk melawan keinginan aku. Atau yang paling senang, aku malu untuk menari sebab aku tahu aku hanya akan menjadi bahan “...kah kah kah,” orang.

So aku move on dengan alasan “I can’t,” dengan senyum-senyum. Anyway, it’s not a big deal for me. Aku teruskan hidup tanpa memikirkan “...mahu atau tidak,” sebab kadangkala benda sekecil ini boleh bikin sebal. Kau mana tau.

Cuma, yang mengalihkan “move on mindset” aku yang sudah berapa lama bertapa di kepala terjadi pada satu hari di mana aku dengan kawan aku bercerita pasal teater dan seni tari. Pengetahuannya luas tentang benda-benda ini walaupun berdasarkan watak, dia hanya layak untuk jadi bapa orang sebenarnya. Seorang guru yang workaholic. Dia menceritakan tentang teater-teater yang diminatinya. Lebih minat dengan teater lokal, apa lagi teater yang diarah oleh sahabat lama. Seperti biasa, teater memang bidang yang banyak menunjukkan mesej tersendiri samaada tersurat atau tersirat. Dari segi watak, pemakaian serta lontaran suara dan sebagainya menjadi medium untuk menyampaikan pesanan.

Aku pun tidak tahu macam mana aku boleh terjebak bercerita dengan dia. 

Yang menariknya dia kata, seni tarian juga menggunakan kaedah yang sama. Medium yang sama. Cuma mungkin dalam pemerhatian yang agak berbeza (bagi sesetengah). Tarian banyak memfokuskan gerak tari, gerak badan dan dikuatkan melalui mainan air wajah. Masing-masing memegang watak yang berbeza. Tidak kira di atas stage atau di jalanan, masing-masing memegang prinsip (yang aku kira anti-negatif). Yang menerujakan aku ialah cerita simple dia menyoal bekas gurunya di belakang pentas ketika persembahan tarian mereka tamat;

Kawan: “Kenapa cerita dia gantung?”
Guru: “Sebab cerita yang tamat hanya ketika cerita itu sudah mati.”

Yang aku sangka ia hanyalah menunjuk atau membuktikan betapa handalnya si penari di atas pentas, bertukar setotalnya dalam persoalan yang se-simple seperti itu. Betapa telitinya seorang penonton dan gurunya menghayati dan bercerita tentang hasil seni tari seolah-olah ianya adalah sebuah cerita di layar panggung.

Like, wow?

Tarian bukan hanya dengan lenggokkan atau bahasa tubuh badan. Tarian, adalah wakil seni yang tidak terbatas yang kita boleh guna. Ia ada di mana-mana. Contohnya kalau kau menulis, menarilah dengan tulisanmu. Kertas menjadi podium. Kata-kata sebagai rentak dan rasa sebagai muzik-muzik pengiring. Membawa pembaca bukan saja dalam awang-awangan, bahkan terikut tarian yang kau sajikan. Sifat sang penari sudah jadi natural dalam hidup. Sudah sebati dengan naluri.

Source: Tumblr
Secara umumnya pada malam itu, aku melepaskan diri aku dari belenggu dilema yang mengganggu rasa-rasa. Like, "What the hell. Just do it, man." Aku mengangkat tangan seorang perempuan yang aku cinta dan menari berlatarbelakangkan “Untuk Perempuan yang Sedang Dalam Pelukan” nyanyian Payung Teduh. Dia hanya ketawakan aku kerana berulang-kali memijak kakinya secara tidak sengaja.


It’s just a simple dance and I nailed it!

Mungkin kita terlalu mengekang hidup diri sendiri. Membuat kita lupa, yang sedap hanya sedap bila masak. Dan kau harus jatuh untuk merasa sakit. Atau mungkin, kita hanya perlukan kesedaran, baru hendak tengadah. Atau mungkin secara keseluruhannya, kita cuma perlu sedikit...


keberanian.

No comments

ORKED MAG aims to stimulate dialogue and debate around social and cultural issues, arts, life and beyond, so we’d love to hear from you. Let us know what you think in the comments or connect with us on Instagram, Twitter and Facebook. Cheerio!